Komen saya kepada UZAR 2

Assalamu’alaikum wbt.

Kali ini saya ingin memberikan komen kedua saya berkaitan artikel dan komen yang telah diberi oleh Ustaz Zaharuddin (UZAR) di dalam laman weblog beliau. Diakui beliau adalah seorang ilmuan Islam dalam bidang fiqh kewangan Islam, namun begitu bukanlah saya ingin membetulkan beliau tetapi sekadar melontarkan pendapat sahaja dalam meningkatkan membangunkan umat Islam. Artikel penuh beliau bertajuk “Fahamilah : Tiada ‘Pinjaman Secara Islam’ di Bank Islam” ini terlalu panjang untuk saya memberikan komen menyebabkan saya membuat salinan disini terlebih dahulu sebelum menghantarkannya di laman weblognya kelak. InsyaAllah.

Assalamu’alaikum wbt UZAR,

1.) Katakan saya berpegang/YAKIN bahawa sistem perbankan Islam juga mengamalkan ‘back door riba’ dan saya terlibat dalam riba pada setiap hari. Dalam hal ini hanyalah kepada Allah saya memohon keampunan kerana walaupun saya yakin ianya salah tetapi saya terpaksa menggunakannya yakni darurat dan menolaknya dengan hati kerana segala2 urusan diakhir zaman ini tidak dapat lari dari riba (baca:fitnah Dajjal). Apa daya saya untuk menolaknya dan apakah disebabkan tiada alternatif lain maka saya terpaksa menghalalkan sistem lain seperti hari ini? Memanglah benar pasaran wang emas itu tiada dan Bank Islam tidak dapat menjalankan perbankan Islam berasaskannya. Tetapi tidaklah sampai ketahap menghalalkan sistem ‘back door riba’ ini berjalan biasa. Dan jika sistem kewangan Islam hari ini bersandarkan hujjah ulama fiqh maka disini terdapat juga pandangan2 dari ulama fiqh yang mengharamkan sistem perbankan Islam,

(Muslim Village: Clerics declare Islamic banking hara’am)

apa pandangan UZAR?

2.) Seperti komen UZAR kepada komentar abu sara (komen #34), saya rasa tidak perlulah komen “sampai ke bulan” untuk selamat dalam sistem haram kerana ia seolah2 menunjukkan usaha2 mengembalikan sistem ekonomi Islam tidak mungkin ditegakkan dimuka bumi. Sememangnya hanya yang ‘baik’ mampu dibuat setakat ini bagi menyelamatkan umat Islam,tetapi adakah dengan sebab itu back door riba’ terus menerus dapat dijalankan tanpa ada kesedaran untuk memartabatkan kembali sistem kewangan Islam?

3.) Adakah benar Sheikh Imran Hosein sekadar membantai tanpa kajian terperinci menurut UZAR?

Saya mengagumi disiplin ilmu yang dipelajari oleh UZAR khususnya dalam ekonomi syariah,jauh berbeza dengan saya yang sangat kurang ilmu dalam bidang ini. Namun saya ingin bertanya, adakah UZAR pernah belajar Politik Dunia, Eskatologi, dan seumpamanya yang telah dipelajari se’masak’nya oleh Sheikh Imran Hosein yang jauh lebih banyak cabang2 dan kompleks? Bahkan beliau juga mahir dalam disiplin ilmu ekonomi syariah lebih2 lagi Sosio-ekonomi/politik moden. Segala perkaitannya dalam sistem sediada sekarang hanyalah semata2 menjuruskan supaya umat Islam akhir zaman sekarang supaya berhati2 dengan fitnah2 Dajal. Ia secara tidak langsung mengelakkan penindasan kepada umat Islam dengan sistem sediada sekarang. Maka pastilah kajiannya dilakukan secara terperinci apatah lagi beliau sudah berdekad2 mendalami dan mengajari ilmu2 tersebut.

Saya bukanlah taksub dengan beliau tetapi segala penerangannya saya fahami dan ada asasnya dengan perkaitan dengan situasi pada hari ini.

Dan komen UZAR (#13) mengatakan pandangan Sheikh Imran Hosein terlalu ideal dan tidak berpijak di bumi nyata seolah2 seperti mengatakan hukum hudud tidak relevan pada hari ini kerana tidak berpijak dibumi yang nyata dan perlu kepada undang2 sivil rekaan barat yakni sekular.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s