Komen saya kepada UZAR 2

Assalamu’alaikum wbt.

Kali ini saya ingin memberikan komen kedua saya berkaitan artikel dan komen yang telah diberi oleh Ustaz Zaharuddin (UZAR) di dalam laman weblog beliau. Diakui beliau adalah seorang ilmuan Islam dalam bidang fiqh kewangan Islam, namun begitu bukanlah saya ingin membetulkan beliau tetapi sekadar melontarkan pendapat sahaja dalam meningkatkan membangunkan umat Islam. Artikel penuh beliau bertajuk “Fahamilah : Tiada ‘Pinjaman Secara Islam’ di Bank Islam” ini terlalu panjang untuk saya memberikan komen menyebabkan saya membuat salinan disini terlebih dahulu sebelum menghantarkannya di laman weblognya kelak. InsyaAllah.

Assalamu’alaikum wbt UZAR,

1.) Katakan saya berpegang/YAKIN bahawa sistem perbankan Islam juga mengamalkan ‘back door riba’ dan saya terlibat dalam riba pada setiap hari. Dalam hal ini hanyalah kepada Allah saya memohon keampunan kerana walaupun saya yakin ianya salah tetapi saya terpaksa menggunakannya yakni darurat dan menolaknya dengan hati kerana segala2 urusan diakhir zaman ini tidak dapat lari dari riba (baca:fitnah Dajjal). Apa daya saya untuk menolaknya dan apakah disebabkan tiada alternatif lain maka saya terpaksa menghalalkan sistem lain seperti hari ini? Memanglah benar pasaran wang emas itu tiada dan Bank Islam tidak dapat menjalankan perbankan Islam berasaskannya. Tetapi tidaklah sampai ketahap menghalalkan sistem ‘back door riba’ ini berjalan biasa. Dan jika sistem kewangan Islam hari ini bersandarkan hujjah ulama fiqh maka disini terdapat juga pandangan2 dari ulama fiqh yang mengharamkan sistem perbankan Islam,

(Muslim Village: Clerics declare Islamic banking hara’am)

apa pandangan UZAR?

2.) Seperti komen UZAR kepada komentar abu sara (komen #34), saya rasa tidak perlulah komen “sampai ke bulan” untuk selamat dalam sistem haram kerana ia seolah2 menunjukkan usaha2 mengembalikan sistem ekonomi Islam tidak mungkin ditegakkan dimuka bumi. Sememangnya hanya yang ‘baik’ mampu dibuat setakat ini bagi menyelamatkan umat Islam,tetapi adakah dengan sebab itu back door riba’ terus menerus dapat dijalankan tanpa ada kesedaran untuk memartabatkan kembali sistem kewangan Islam?

3.) Adakah benar Sheikh Imran Hosein sekadar membantai tanpa kajian terperinci menurut UZAR?

Saya mengagumi disiplin ilmu yang dipelajari oleh UZAR khususnya dalam ekonomi syariah,jauh berbeza dengan saya yang sangat kurang ilmu dalam bidang ini. Namun saya ingin bertanya, adakah UZAR pernah belajar Politik Dunia, Eskatologi, dan seumpamanya yang telah dipelajari se’masak’nya oleh Sheikh Imran Hosein yang jauh lebih banyak cabang2 dan kompleks? Bahkan beliau juga mahir dalam disiplin ilmu ekonomi syariah lebih2 lagi Sosio-ekonomi/politik moden. Segala perkaitannya dalam sistem sediada sekarang hanyalah semata2 menjuruskan supaya umat Islam akhir zaman sekarang supaya berhati2 dengan fitnah2 Dajal. Ia secara tidak langsung mengelakkan penindasan kepada umat Islam dengan sistem sediada sekarang. Maka pastilah kajiannya dilakukan secara terperinci apatah lagi beliau sudah berdekad2 mendalami dan mengajari ilmu2 tersebut.

Saya bukanlah taksub dengan beliau tetapi segala penerangannya saya fahami dan ada asasnya dengan perkaitan dengan situasi pada hari ini.

Dan komen UZAR (#13) mengatakan pandangan Sheikh Imran Hosein terlalu ideal dan tidak berpijak di bumi nyata seolah2 seperti mengatakan hukum hudud tidak relevan pada hari ini kerana tidak berpijak dibumi yang nyata dan perlu kepada undang2 sivil rekaan barat yakni sekular.

Komen saya kepada UZAR

Assalamu’alaikum wbt.

Komen kali ni pula berdasarkan artikel yang diutarakan oleh Ustaz Zaharuddin (UZAR) dalam artikelnya yang bertajuk “Dua Isu Sukar Dipermudah : Kewangan Islam & Wahabi. Apa yang saya bahaskan dalam posting ini adalah pandangan saya individu sahaja.

Assalamu’alaikum wbt UZAR,

1.) Saya terpanggil untuk memberi hujah2 saya berdasarkan artikel ini. Ya, memang kebanyakan orang ‘awam’ ini kurang memahami akan konsep2 ekonomi dan perbankan Islam. Namun begitu tidak salah bagi masyarakat untuk bersuara dan mengutarakan pendapat berpandukan pemahaman agama yang difahaminya tanpa menghentam keromo. Ini kerana setiap pandangan mereka kebiasaannya terdapat huraian beserta dalil yang menyokongnya bertujuan ‘menegur’ (mungkin) para ilmuan Islam supaya tidak mengulangi kesilapan sepertimana yang telah dilakukan oleh paderi dan rabai yang menghalalkan perkara yang haram.

2.)Saya juga ingin memetik komen Rodin (komen#68) yang meminta supaya komen didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah dalam memahami situasi duniawi, bagi saya ia lebih menyokong pandangan yang lebih universal diperlukan bukan sahaja dari segi kewangan Islam tetapi lebih kepada perkaitan lain. Saya ambil contoh peranan kapitalisme dalam kewangan dan sejarahnya yang dirancang oleh musuh2 Islam (baca:Zionis), pemahaman dari setiap sudut akan menguatkan lagi umat Islam dalam membina nilai2 ekonomi yang lebih “Islamik” berbanding dengan sediada.

Saya bukanlah pakar lebih mahir dari ulama fiqh dan saya amat menghormati disiplin ilmu dan pemiliknya yang diutarakan UZAR. Ini hanyalah suara hati saya yang tidak senang melihat sistem perbankan Islam hari ini tidak jauh bezanya dengan sistem perbankan konvensional dan mungkin perlu dirujuk dalam konteks yang lebih luas.

Maafkan atas segala salah silap dalam penulisan saya.

Jawapan saya kepada Anonymous- dipetik dari zharifalimin.blogspot

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jika anda pernah membaca blog zharifalimin.blogspot, blog ini banyak membincangkan isu2 berkenaan fitnah akhir zaman yang sangat kritikal pada hari ini.

Artikel yang dibincangkan ini adalah berkenaan persamaan dan pengaruh unsur Hindu dalam agama Kristian. Hasilnya banyak komen2 yang dilontarkan baik dari Islam dan Kristian, suka saya ingin menjawab persoalan2 yang diberikan oleh penanya bernama ‘Anonymous’ pada posting saya kali ini.

Anda boleh rujuk artikel asal di SINI

Dan disini adalah jawapan yang saya sediakan, oleh kerana terlalu panjang dan masalah pada blogspot maka saya tuliskan disini sebagai salinannya:

Salam,izinkan saya menjawab soalan anon (5 Nov 2:42)

1.)Petikan dari Al-Quran:
“Dan dari mana saja kamu keluar,maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram.Dan di mana saja kamu berada,maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya,agar tidak ada hujah ke atas kamu,kecuali orang2 yang zalim di antara mereka”
(Surah Al-Baqarah,ayat 150)

Ayat diatas menerangkan kiblat umat Islam adalah pusat Masjidil Haram (yakni Kaabah).Relevan arah tujuannya menunjukkan uniti semua umat Islam di dunia ini yang akan menghadap ke arah yang sama.Sekiranya Kaabah dialihkan umat Islam tetap akan menghadap pada tempat yang sama iaitu di pusat Masjidil Haram.

Sememangnya kewajipan umat Islam menghadap kiblat ketika melakukan ibadat solat fardhu namun sekiranya menghadapi kesulitan (dalam kenderaan,berperang,dsbg) tidaklah menjadi masalah untuk menghala ke arah lain.Ini membuktikan Islam agama yang mudah.

2.)Terdapat banyak bukti kerasulan Muhammad S.A.W samada sains ataupun sejarah.Baik dari sudut agama Kristian,Buddha,mahupun Hindu terdapat bukti kerasulannya.Bukti yang nyata Muhammad S.A.W menerima wahyu daripada Allah melalui perantara Malaikat Jibril A.S adalah tidak terdapat satu pun penyataan dalam Al-Quran yang bercanggah antara satu sama lain samada melalui Sains atau sebaliknya. Sedangkan di dalam Bible terdapat seribu satu percanggahan samada dari sudut akidah hingga kepada ilmu sains itu ditambah dengan pelbagai
versi Bible itu sendiri menunjukkan kontradiksi.

3.)Bulan dan bintang itu hanya simbol bahawa syiar Islam itu wujud di kalangan masyarakat sahaja.
Ianya bukan kemestian bahkan tidak menjadi salah jika dibuang seperti sesetengah kawasan yang tidak ada lambang ini di masjid2. Berbeza dengan Kristian kerana sepanjang hayat Jesus tidak pernah menggunakan salib tapi hanya disalib.

4.)Allah menciptakan syurga dan neraka sebagai balasan ujian yang diberikan-Nya.Saya memberi analogi kepada saudara
-peperiksaan di sekolah:murid yang berusaha dengan betul akan
berjaya dan malas akan gagal, balasan syurga adalah sesiapa yang berusaha dalam ujian Allah pada jalan yang betul dan bukan berpaling pada-Nya! Sudahkah
saudara membuat penilaian secara ilmiah terhadap agama saudara yang terang2 diselewengkan dengan
kritikal terutamanya dari sudut akidah seperti Triniti!

Saya tidak menafikan ada umat Islam yang akan masuk neraka juga namun bukanlah selamanya kerana umat Islam tidak menolak keEsaan Allah.
Dan saya juga tidak menafikan ada negara2 Islam yang miskin bahkan mundur namun bukanlah manifestasi kebenaran sesuatu agama itu betul,adakah saudara membuat perkiraan yang tidak adil walhal semua keadaan ini adalah hasil neo-
imperialism dan kapitalisme yang menekan negara2 Islam.Kejahatan Bush bukanlah kerana agamanya tapi
kerana tindakannya yang menindas Islam.Suicide bomber pula,adakah saudara layaknya berada pada
tempat mereka yang begitu terdesak untuk meneruskan sisa2 hidup yang ditindas seperti di Palestin, Iraq,dsbnya? Mereka tidak mempunyai
pilihan,lihat sahaja layanan israel.

Quran mengatakan:
Orang2 yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu,dan di antara golongan2 (Yahudi dan Nasrani) yang bersekutu,ada yang mengingkari sebahagiannya.Katakanlah “Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Dia.Hanya kepada-Nya aku seru (manusia) dan hanya kepada-Nya aku kembali.
(Surah Ar Ra’d:ayat 36)

Islam menggalakkan perpaduan,namun penegasan yang diberikan di dalam Al-Quran bukanlah bererti jangan berkawan dengan orang Yahudi dan Nasrani tetapi hanya jika mereka bersekutu di antara satu sama lain. Sedarkah umat Kristian apa dosa yang telah dilakukan oleh Yahudi terhadap Jesus!? Oleh itu mereka selama2nya tidak akan berbaik2 bahkan mustahil.Disebabkan itulah Al-Quran menegaskan seperti ayat diatas,persaudaraan yang berlaku diantara Yahudi dan Kristian seperti mana yang terjadi sekarang adalah mereka ini bukan lagi penganut Kristian/Yahudi tetapi Dajjal kerana sudah dipesongkan sehabis2. Jika benar Allah akan
membunuh mereka yang tidak percaya kepada agama-Nya kenapa umat Kristian/ Yahudi dibenarkan
memasuki Palestin saat pemerintahan Islam ditegakkan di zaman Umar Al-Khattab?

Kesimpulan yang saudara berikan adalah kerana saudara tidak mendalami ilmu Islam dengan lebih
mendalam,saudara hanya sekadar mendengar kata2/propaganda2 yang didakyahkan oleh golonganb anti-Christ supaya saudara kekal sesat dan tidak kembali ke jalan yang benar.

Saya mengajak saudara supaya beriman kepada Allah dan taat pada perintah-Nya,fitnah yang berlaku
pada masa kini sangat dahsyat sehingga mata hati saudara sudah tertutup.Saudara kajilah sejarah, agama,dan segala sumber,ketahuilah Islam itulah agama yang sebenar2nya..

Dan kepada sahabat2/saudara2 Islam saya,diharapkan supaya kita dapat mengawal emosi kita dalam berbicara,kita sebagai orang Islam seharusnya berbicara secara berhikmah. Sekiranya kita melenting memaki hamun secara membuta tuli nescaya golongan2 bukan Islam akan semakin benci dan jauh kepada Islam.Kita yang berdosa pula nanti..

Salam